Selasa, 18 Februari 2020

Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Pada hari pertama melangkahkan kaki ke dalam bilik kuliah bagi subjek Penglahiran bakat kreatif berbagai perasaan yang bersarang di dalam diri ini.Perasaan takut,teruja,gembira.Perasaan takut mungkin juga kerana Pensyarah yang ditaklifkan untuk mengajar kami ialah Doktor kamariah .Seseorang yang dikenali kerana ketegasannya dalam mendidik tetapi dalam masa yang sama perasaan teruja juga menyinggah kerana saya mendapat tahu bahawa beliau adalah seorang pendidik yang hebat dan cemerlang serta pelbagai anugerah yang dikecapinya dan ini membuatkan hati ini gembira dan ternanti nanti untuk menadah ilmu daripadanya.Baru beberapa jam beliau menuturkan bicara,hati saya sudah cukup mengaguminya.Permulaan kelas dimulakan dengan sesi perkenalan diri yang mana setiap orang akan memperkenalkan nama dan bidang pengajian yang diambil.Tergumam seketika kerana melihat ramai manusia memenuhi ruangan bilik kuliah yang datang daripada pelbagai bidang pengajian.Terasa keriuhan bilik kuliah semakin rancak dengan sesi perkenalan itu.Saat itu,secara tidak langsung,tahulah dirikubahawa subjek ini adalah untuk kita menzahirkan kekreatifan melalui penulisan dan hari pertama ini jugalah segalan tugasan individu dan berkumpulan diberikan.Setiap orang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan sebanyak lima sajak dan dua cerpen sebagai salah satu kerja kursus bagi subjek ini.Moga segala urusan dalam mempelajari subjek ini dipermudahkan dan dilapangkan dada untuk memahami segala ilmu yang disampaikan.

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...