Jumaat, 17 Julai 2020

Tokoh agamawan

TOKOH AGAMA



InsyaaAllah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu susuk tubuh yang sangat saya kagumi kerana akhlaknya, kehebatannya dan perjuangannya dalam mendalami hadis nabi serta keilmuan beliau di dalam ilmu agama.Beliau adalah Ustaz Dr Kamilin Jamilin.Pada satu ketika,beliau pernah tular kerana Dr Kamilin Jamilin merpukan graduan PHD terbaik mampu lulus dengan cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesisnya 3 jilidnya.Pastinya kejayaan seorang anak itu adalah daripada doa seorang ibu.

Begitulah rahsia kejayaan Dr Kamilin yang menceritakan bahawa setiap pagi ibunya akan bersolat dhuha selama satu jam untuknya.Pelbagai lagi kejayaan yang dikecapi oleh Dr Kamilin Jamilin. kisah zaman sekolah pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini lebih menakjubkan.Selain pernah digelar pelajar bermasalah, ponteng dan nakal, beliau juga sentiasa dapat markah bawah 10 selama beberapa tahun.
Namun, pada saat akhir sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau keluar dari kesuraman. Titisan air mata dan kekecewaan ibu ayah, menyedarkannya untuk bangkit kembali.

Dr Kamilin juga suka memuat nak video beliau bersama anak-anak didiknya berlawan tahap penghafalan hadis.Seronok melihat pendekatan beliau dalam mendidik anak-anak muridnya.Suka saya coretkan serna sedikit biodata Dr Kamilin Jamilin.

Ustaz Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.



Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negeri Selangor tahun 2001. Beliau juga memperoleh Diploma Tahfiz al-Qur’ān dari Darul Qur’ān, JAKIM (kini bakal dinaiktaraf Kolej Universiti Islam Malaysia) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Kuliyyah Hadis al-Nabawiy di Universiti Islam di al-Madinah al-Munawwarah, ‘Arab Saudi, dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Mendapat anugerah cemerlang, tidak terkira ketika disana.
Kemudian beliau melanjutkan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana, di Kuliyah Thaqāfah al-Islamiyyah, qism al-Tarbiyyah; khusus dalam bidang Hadis dan ‘ilmu yang berkaitan dengannya, khususnya ‘Ilmu Rijāl al-Hadis di Universiti Raja Sa’ud di Riyādh, ‘Arab Saudi, dengan tajuk “Mawārid al-Hāfidh al-Mughlatây fī kitābihī Ikmāl Tahzīb al-Kamāl”, berjaya mendapat mumtaz syaraf ulā pada tahun 2013.

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...