Kehidupan ini hanyalah satu perjalanan menuju tuhan yang
dengannya agama adalah panduan yang dikurniakan tuhan kepada hambanya untuk
mengejar cinta tuhan.Kehidupan ini seakan hilang sirnanya jika tiada agama
dalam roh dan jasad mereka.Agama bukanlah satu adat yang diikuti kerana anutan
nenek moyang semata-mata.Tetapi agama adalah sesuatu perkara yang perlu kita
faham dan hayati serta mempraktikkannya di dalam kehidupan.Semua agama di dalam
dunia ini menuntut penganutnya untuk melakukan kebaikan tetapi kerana dunia
hari ini yang menjadikan agama sebagai ikutan semata-mata,nilai keagamaan dalam
diri mereka sedikit demi sedikit dimamah nafsu serakah terhadap dunia.
Dinihari,hatiku seakan dirobek ketika melihat agamaku
hanyalah sekadar menjadi tumpangan nama bagi melengkapkan identity diri
mereka.Hakikatnya mereka membuang agama itu daripada diri mereka.Suruhan Allah
ditinggalkan sejauh-jauhnya,Sunnah nabi dikambus sedalam-dalamnya.Tidak cukup
dengan bahana itu,ada juga yang menjadikan agama sebagai tunggangan semata-mata
demi kepentingan sendiri,menjadikan perisai pelindung diri sebagai banteng pertahanan
terhadap pandangan dosa daripada orang sekeliling.
Pendustaan terhadap agama ini juga dapat dilihat secara
ketaranya dikalangan anak muda yang semakin hari semakin jauh daripada ajaran
agama.Tiada agama yang mensyariatkan penganutnya berzina,meminum arak,berjudi
serta membubuh orang.Lalu mengapa musibah sebegini terjadi dikalangan
masyarakat? Jawapannya hanyalah kerana mereka membuang agama di dalam diri
mereka.Menggantikan nafsu serakah dan keseronokan dunia sebagai tuhan dan
panduan mengejar kebahagiaan.Sedangkan mereka tidak tahu bahawa yang mereka
kejarkan itu adalah neraka dan yang mereka tinggalkan itu adalah syurga.
Oleh itu,marilah kita renungi bersama akan nikmat terbesar yang dikurniakan tuhan kepada kita iaitu agama.Manfaatkanlah
ia sebaiknya dalam diri serta kehidupan kita.Jadilah seorang hamb yang sentiasa
menjatuhkan dahi bersyukur terhadap tuhan,menjadi hamba yang sentiasa menadah
tangan meminta dijauhkan daripada segala kesesetan dsn kelalaian.Genggamlah
agama itu ditangan,ikatlah agama itu di dalam hati.Jangan pernah terlerai
ikatan itu walau apa pun yang terjadi.Moga dengan kita meletakkan agama sebagai
yang utama,tuhn sentiasa membimbing kita dengan cahaya hidayahnya.


