Khamis, 12 Mac 2020

Agama




Agama



  Kehidupan ini hanyalah satu perjalanan menuju tuhan yang dengannya agama adalah panduan yang dikurniakan tuhan kepada hambanya untuk mengejar cinta tuhan.Kehidupan ini seakan hilang sirnanya jika tiada agama dalam roh dan jasad mereka.Agama bukanlah satu adat yang diikuti kerana anutan nenek moyang semata-mata.Tetapi agama adalah sesuatu perkara yang perlu kita faham dan hayati serta mempraktikkannya di dalam kehidupan.Semua agama di dalam dunia ini menuntut penganutnya untuk melakukan kebaikan tetapi kerana dunia hari ini yang menjadikan agama sebagai ikutan semata-mata,nilai keagamaan dalam diri mereka sedikit demi sedikit dimamah nafsu serakah terhadap dunia.

  Dinihari,hatiku seakan dirobek ketika melihat agamaku hanyalah sekadar menjadi tumpangan nama bagi melengkapkan identity diri mereka.Hakikatnya mereka membuang agama itu daripada diri mereka.Suruhan Allah ditinggalkan sejauh-jauhnya,Sunnah nabi dikambus sedalam-dalamnya.Tidak cukup dengan bahana itu,ada juga yang menjadikan agama sebagai tunggangan semata-mata demi kepentingan sendiri,menjadikan perisai pelindung diri sebagai banteng pertahanan terhadap pandangan dosa daripada orang sekeliling.

  Pendustaan terhadap agama ini juga dapat dilihat secara ketaranya dikalangan anak muda yang semakin hari semakin jauh daripada ajaran agama.Tiada agama yang mensyariatkan penganutnya berzina,meminum arak,berjudi serta membubuh orang.Lalu mengapa musibah sebegini terjadi dikalangan masyarakat? Jawapannya hanyalah kerana mereka membuang agama di dalam diri mereka.Menggantikan nafsu serakah dan keseronokan dunia sebagai tuhan dan panduan mengejar kebahagiaan.Sedangkan mereka tidak tahu bahawa yang mereka kejarkan itu adalah neraka dan yang mereka tinggalkan itu adalah syurga.

  Oleh itu,marilah kita renungi bersama akan nikmat terbesar yang dikurniakan  tuhan kepada kita iaitu agama.Manfaatkanlah ia sebaiknya dalam diri serta kehidupan kita.Jadilah seorang hamb yang sentiasa menjatuhkan dahi bersyukur terhadap tuhan,menjadi hamba yang sentiasa menadah tangan meminta dijauhkan daripada segala kesesetan dsn kelalaian.Genggamlah agama itu ditangan,ikatlah agama itu di dalam hati.Jangan pernah terlerai ikatan itu walau apa pun yang terjadi.Moga dengan kita meletakkan agama sebagai yang utama,tuhn sentiasa membimbing kita dengan cahaya hidayahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...