Rabu, 11 Mac 2020

pakaian tradisional





Pakaian tradisional

                                                          

  Malaysia sebuah Negara yang didiami oleh pelbagai kaum,budaya serta agama yang secara tidak langsung mewujudkan variasi pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan anak bangsa di kaca mata dunia.Pakaian tradisional ini melambangkan jati diri serta identiti sesebuah bangsa serta menjadi pakaian kebangsaan. Setiap kaum memiliki tradisi pemakaiannya yang unik dan tersendiri. Sebelum abad ke-20 dan kedatangan Islam, wanita Melayu memakai kemban, kain sarung atau kain panjang,yang membaluti sekeliling badan dan membiarkan bahu terdedah.Lalu,zaman demi zaman berlalu serta penerimaan agama islam yang meluas dikalangan masyrakat melayu mencetuskan kepada penciptaan baju kurung yang sesuai dengan wanita melayu islam yang dikenali sebagai kaum yang mementingkan adab dan kesopanan serta konsep baju kurung yang selari dengan syariat agama islam iaitu menutup aurat.Baju kurung itu juga membawa maksud”mengurung”aurat seorang wanita daripada dilihat lelaki ajnabi.

  Baju kurung juga berkembang mengikut peredaran zaman.Baju kurung yang terdiri daripada pelbagai jenis fesyen yang sememangnya mendapat tempat bukan sahaja dikalangan bangsa melayu tetapi juga dikalangan bangsa cina dan india.Baju kurung yang sering digayakan oleh wanita di Malaysia dalah baju kurung riau,baju,baju kebaya,baju kurung kedah dan baju kurung Pahang.Pakaian tradisional lelaki melayu pula ialah baju melayu.Baju melayu juga menampilkan dua gaya iaitu baju melayu cekak musang dan baju melayu teluk belanga.Kebiasannya,pemakaian pakaian tradisional ini dilihat pada majlis-majlis rasmi,majlis perkahwinan dan pada hari perayaan.

  Seterusnya, bagi kaum India pula, mereka popular dengan pemakaian sari dan Punjabi suit manakala bagi pakaian tradisi kaum Cina adalah seperti Cheongsam. Tidak dilupakan juga pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan di Sabah yang menyerikan lagi warna-warni pakaian tradisonal di Malaysia.

  Kepelbagaian pakaian tradisional ini telah mewujudkan sifat hormat menghormati dan sifat bersatu padu dimana sering menjadi kebiasaan bagi setiap masyarakat memakai pakaian kaum lain walaupun berlainan bangsa. Sebagai contoh, pada masa majlis dan perayaan yang tertentu kaum India memakai Cheongsam,  kaum Cina memakai baju kurung.   Mereka saling bertukar tukar tradisi budaya antara satu sama lain yang mana menunjukkan kesepaduan antara satu sama lain. Kita sudah pasti akan teruja apabila melihat rakan yang berbangsa India memakai Baju Melayu atau Baju Kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu malah pakaian kebangsaan negara ini kerana ia memperlihatkan penerimaan kaum lain terhadap kaum melayu.

  Justeru itu,marilah bersama kita menjaga pemakaian pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan serta identity kaum kita agar terus dipelihara dan dikenali serta diwarisi oleh generasi yang ajan datang.Moga pakaian tradisional ini  mampu mendapat tempat dan dikenali sehingga ke persada dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...