Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenalkerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak danmerupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyaktawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya keMalaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorangusahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunangdengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan danmenghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapatsoalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliahdi masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalamiagama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta keranaagama dan Allah SWT. Namun hubungan merekamendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat.
Maka,apa yang saya dapati sepanjang mengikuti daramaini,saya menyimpulkan bahawa cerita mengajar kitauntuk tidak menilai seseorang daripada luaran sahaja.Ini dibuktikan olej Ustaz Hamadi dan Aisyah yang berpakaian mengikut syariat tetapi menyelindungperbuatan buruknya disebalik pakaiannya.Begitu jugaNur anak seorang pelacur yang zahirnya dipandang keji oleh masyarakat tetapi dia adalah seorang yang bersungguh mencari hidayah Allah.
Seterusnya adalah drama ini juga menyelitkan mesejkepada para pendakwah diluar sana agar tidakmeninggalkan golongan lorong ini dalam menyampaikankebenaran.Juga jangan terlalu selesa berdakwah di tempat-tempat yang ekslusif sahaja sehinggameninggalkan golongan ini.Mereka juga perlu dibimbingdan kita tidak tahu mungkin ada di antara mereka yang ingin berubah tetapi tiada bimbingan dan dorongan.
Maka,saya kira drama ini sangat sesuai ditonton olehsemua lapisan masyarakat kerana drama ini sangatmemberi pengajaran dan tidak hairanlah mengapa drama ini banyak merangkul anugerah.Selamat menonton!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan