Jumaat, 17 Julai 2020

Pengalaman di kolej




   Pengalaman di kolej





Pada entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menetap di kolej 12 serumpun Universiti Putra Malaysia.Banyak pengalaman yang ingin dikongsikan.Alhamdulillah setakat ini yang saya lalui semuanya indah untuk dilalui.

Pengalaman yang saya tidak akan dilupakan sepanjang di kolej adalah, pada setiap hari jumaat saya dan kumpulan usrah saya akan berkumpul di surau kolej untuk.Pelbagai aktiviti kerohanian dilakukan seperti solat Jemaah bersama,bertadarus al quran bersama, bertazkirah serta perkongsian antara ahli usrah.Sememangnya suasana begini sungguh mendamaikan.Syukur kerana berada di dalam kelompok yang baik-baik.

Pada saya, zaman unversiti adalah satu zaman dimana kita sendiri perlu mencari suasana yang baik kerana itu adalah zaman kebebasan diri kita yanfg tiada siapa boleh mengawal kita.Pada setiap hari jumaat jugalah saya akan melangkahkan kaki ke surau serumpun untuk mnedengar tazkirah daripada penceramah.
Damai sekali suasananya.Hari jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan.Selain hari untuk berehat daripada ke kelas, hari jumaat juga adalah hari untuk mengisi masa dengan aktiviti kerohanian secara berkumpulan.Setiap tutur kata di hari jumaat segalanya kedengaran yang baik-baik sahaja,melihat umat manusia menggandakan amal ibadah mereka.Surah kahfi dibaca dengan penuh tartil sekali.

Moga hari jumaat seperti ini berterusan sehingga ke akhirnya.Terima kasih bagi mereka yang mendamaikan penghulu hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...