Pengalaman mengembara
Mengembara adalah satu aktiviti yang lasak yang tidaksemua orang mempunyai pengalaman ini.Alhamdulillah sayaberkesempatan melaluinya ketika saya berumur 16 tahun ketika itu.
Ketika itu Sekolah menengah saya mengadakan aktiviti pengembaran di hutan lipur Gunung Ledang.Pengembaraan ini sangat menyeronokkan dan banyak mengajar saya tentang ilmu di dalam hutan.Sepanjang perjalanan pengembaraanitu,kami ditemani dengan bunyi deruan air sungai yang jernih,bunyi kicauan burung yang bergema ke seluruh hutan.
Suasana itu sungguh mendamaikan bagi jiwa yang suka akan alam semula jadi seperti saya.Suka saya ingin berkongsi sedikit ilmu ketika berada di dalam hutan ketika mengembara melalui pembacaan saya yang perlu kita tahu untuk menjaga keselamatan kita.
1) Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada bendabercahaya warna hijau. Benda yang bercahaya tu ialahlumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malamdia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuancahaya dari bulan bintang. Yang seronoknya lumut nihanya tumbuh didenai laluan binatang atau manusia.Jadikalau tersesat,ikut sahaja laluan ini diwaktu malam, insyaAllah,tidak akan terlanggar pokok.
2) Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalamhutan, jangan buat gerakan mengejut..sila berada di kedudukan yang tetap dan undur balik. Ular tedung takmematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuhsahaja. Oleh tu, kita mengacah untuk ular itu mengembangpenuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan–perlahan.
3) Kera / lutong. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengansebatang ranting kayu, melainkan dia lebih pantas daripadagerakan ranting kita. Untuk menghalau kera, patahkanpokokyang renek dengan daun dan ranting yang mengembang kemundian hayunkan pada kera itu.barulahkita lari .
4) Harimau. kalau memancing di dalam hutan, jika di dalamhutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, kemundiatiba-tiba sahaja hutan itu menjadi sunyi sepi, biasanya adahaiwan yang menghendap.Terutamanya harimau, harimauakar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudiandisusuli dengan bau hamis,pasti itu harimau..
5) Beruang madu. Hutan paya di Malaysia banyakberuang,kalau terserempak, kita yang perlu menjerit danbuat seperti nak kejar, secara tidak langsung beruang ituakan lari.
6) Kepala air. Kalau khemah di tepi sungai, jangan buatkhemah di tepi air, buat dibahagian /kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalau tengahmalam batu itu hilang, maknanya air sedang naik.
7) Nak masak air. Jangan ambil air di tepi sungai, ambil ditengah sungai atau di tempat yang mengalir deras. Secaralogiknya,tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain kencing ditepi sungai, arus akan menolak air kencing tu ke tebing.
8) Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan membuatbising bila ada bahaya.Contohnya harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kerabuat bising,tentu ada binatang besar tengah lalu
9) Makan makanan yg dimasak. Semasa di hutan, mestimakan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihanmakanan sebab bau makanan akan menarik perhatianberuang, kera, gajah untuk datang bertandang.
10) Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang.Biasanya, bila di hutan,semua urusan (masak, mandi, basuhdan lain-lain) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul5.00 lebih, hutan sudah gelap disebabkan oleh kanopipokok dan kecondongan matahari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan