Jumaat, 17 Julai 2020

Kritikan tentang dunia hiburan



Kritikan tentang dunia hiburan




Pada zaman millenia inidunia hiburan adalah satu kuasabesar yang sangat mempengaruhi anak muda.Dunia hiburankini sudah melampaui batas keperluan seorangmanusia.Masakan tidak,lihat sahaja bagaimana anak mudakita taksub dan fanatuk terhadap mereka.Lagu-lagu yang sungguh mengkhayalkan dan mengandungi lirik-lirik yang tidak elok,lebih kepada memuja manusia dan kecantikanwanita serta mengagungkan cinta manusia.


Industri perfileman pula yang mempertontonkan nilai yang tidak bermoral.Perkara ini lebih menjadi satu perkara yang sensetif dimana penglibatan orang islam sendiri yang sudah tidak mengendahkan halal dan haram.Bersentuhan antarayang bukan mahram,berpakaian menjolok mataskrip-skripdrama yang agak kasar.Perkara-perkara ini adalah suatu yang sangat jelek untuk dipersembahkan kepada umum.



Dinihari ramai anak muda yang mengangkat orang industri hiburan sebagai idola dan ikutan mereka.Jika dunia hiburan ini penuh dengan kejelekan,bagaimana dengan nasib anak muda dan generasi yang akan datang melihat mereka sebagaisatu ikon.

Ingin saya nasihatkan disini buat para pembaca bahawajanganlah kita terlalu taksub dan fanatic dengan dunia hiburanini kerana saya melihat ada yang sanggup berhabis duit untuk menzahirkan kecintaan mereke terhadap artis.Saya mengambilkejadian yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketikadahulu dimana ada anak gadis memeluk artis lelaki berbangsa korea kerana keterujaannya di dalam sebuah konsert.


Lihatlah bagaimana dunia  hiburan pada hari ini yang lebih menghidangkan nilai negatif berbanding nilai positif kepada masyarakat.Saya menasihatkan diri saya sendiri dan para pembaca agar berpada dalam berhibur dan memilih sudutpositif sahaja.Suka untuk saya berkongsi disini  bahawa di akhirat kelak kita akan dihimpunkan bersama orang kita cintai di dunia.

Kritikan tentang drama





Kritikan tentang drama.




InsyaAllah pada entri kali ini saya ini membuat sedikitulasan tentang satu drama yang pastinya rata-rata para pembaca pernah menontonnya.Sebelum saya membuatulasan,suka saya menceritakan sedikit sinopsis pendektentang drama ini.

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenalkerana ilmunyarupa parasnya yang kacak danmerupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenaliaitu Datuk Ayah Haji MukhsinBanyaktawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya keMalaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeejaseorang doktor mudajuga anak kepada seorangusahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunangdengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan danmenghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapatsoalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliahdi masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nurseorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalamiagama Islam. Lama-kelamaanmereka jatuh cinta keranaagama dan Allah SWT. Namun hubungan merekamendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat.

Maka,apa yang saya dapati sepanjang mengikuti daramaini,saya menyimpulkan bahawa cerita mengajar kitauntuk tidak menilai seseorang daripada luaran sahaja.Ini dibuktikan olej Ustaz Hamadi dan Aisyah yang berpakaian mengikut syariat tetapi menyelindungperbuatan buruknya disebalik pakaiannya.Begitu jugaNur anak seorang pelacur yang zahirnya dipandang keji oleh masyarakat tetapi dia adalah seorang yang bersungguh mencari hidayah Allah.

Seterusnya adalah drama ini juga menyelitkan mesejkepada para pendakwah diluar sana agar tidakmeninggalkan golongan lorong ini dalam menyampaikankebenaran.Juga jangan terlalu selesa berdakwah di tempat-tempat yang ekslusif sahaja sehinggameninggalkan golongan ini.Mereka juga perlu dibimbingdan kita tidak tahu mungkin ada di antara mereka yang ingin berubah tetapi tiada bimbingan dan dorongan.
Maka,saya kira drama ini sangat sesuai ditonton olehsemua lapisan masyarakat kerana drama ini sangatmemberi pengajaran dan tidak hairanlah mengapa drama ini banyak merangkul anugerah.Selamat menonton!

Makanan tradisional



Makanan tradisional




Pada entri kali ini saya ingin menceritakan tentang makanantradisional yang terkenal di kalangan masyarakat jawa di negeri selatan Malaysia iaitu nasi ambeng. Nasi ambengsudah menjadi makanan tradisi  di dalam setiap majlis kendurimasyarakat jawa di Malaysia terutama di Johor,Selangor danSelatan Perak.Setiap negeri mempunyai cara masakan nasiambeng yang berbeza.Misalnya,di Johor lauk ayamnyadimasak kicap sinonimnya ataupun dalam Bahasa jawa adalahmasak semur,manakala masyarakat jawa di negeri Selangor lauk ayamnya digoreng sahaja.

Nasi Ambeng adalah satu makanan yang agak kering,tidak berkuah.Nasi ambeng adalah hasil gabungan nasi dan lauk pauk asli jawa antaranya adalah  ayam,ikan masin,sambal goreng (tempe, tauhu dan kentang goreng yang dimasak bersama sohun) dan kacang tanah,serunding dan mi goreng di dalam satu talam.Himpunan lauk-pauk yang pelbagai di dalam satu talam bagaikan satu simbolik yang menunjukkan kepada perpaduan dan kesepakatan antara masyarakat.

Satu talam Nasi Ambeng ini kebiasaannya untuk empat orang. Di sesetengah tempat, nasi itu kemudian dibelah empat. Sayur dan lauk kemudian dibahagikan bersama-sama nasi. Menyerlahkan lagi keunikannya, nasi ini turut dihidangkan bersama mi goreng atau lebih dikenali sebagai tumisan.

Saya pasti ramai pembaca yang tidak pernah mencuba lagi makan nasi ambeng ini kerana ia sulit juga dijumpai dihari biasa dan pastinya terliur dan ingin mencuba setelah membaca entri saya pada kali ini.Saya berharap para pembaca dapat merasai sendiri keunikan makanan masyarakat jawa ini.

Tokoh agamawan

TOKOH AGAMA



InsyaaAllah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu susuk tubuh yang sangat saya kagumi kerana akhlaknya, kehebatannya dan perjuangannya dalam mendalami hadis nabi serta keilmuan beliau di dalam ilmu agama.Beliau adalah Ustaz Dr Kamilin Jamilin.Pada satu ketika,beliau pernah tular kerana Dr Kamilin Jamilin merpukan graduan PHD terbaik mampu lulus dengan cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesisnya 3 jilidnya.Pastinya kejayaan seorang anak itu adalah daripada doa seorang ibu.

Begitulah rahsia kejayaan Dr Kamilin yang menceritakan bahawa setiap pagi ibunya akan bersolat dhuha selama satu jam untuknya.Pelbagai lagi kejayaan yang dikecapi oleh Dr Kamilin Jamilin. kisah zaman sekolah pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini lebih menakjubkan.Selain pernah digelar pelajar bermasalah, ponteng dan nakal, beliau juga sentiasa dapat markah bawah 10 selama beberapa tahun.
Namun, pada saat akhir sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau keluar dari kesuraman. Titisan air mata dan kekecewaan ibu ayah, menyedarkannya untuk bangkit kembali.

Dr Kamilin juga suka memuat nak video beliau bersama anak-anak didiknya berlawan tahap penghafalan hadis.Seronok melihat pendekatan beliau dalam mendidik anak-anak muridnya.Suka saya coretkan serna sedikit biodata Dr Kamilin Jamilin.

Ustaz Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.



Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negeri Selangor tahun 2001. Beliau juga memperoleh Diploma Tahfiz al-Qur’ān dari Darul Qur’ān, JAKIM (kini bakal dinaiktaraf Kolej Universiti Islam Malaysia) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Kuliyyah Hadis al-Nabawiy di Universiti Islam di al-Madinah al-Munawwarah, ‘Arab Saudi, dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Mendapat anugerah cemerlang, tidak terkira ketika disana.
Kemudian beliau melanjutkan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana, di Kuliyah Thaqāfah al-Islamiyyah, qism al-Tarbiyyah; khusus dalam bidang Hadis dan ‘ilmu yang berkaitan dengannya, khususnya ‘Ilmu Rijāl al-Hadis di Universiti Raja Sa’ud di Riyādh, ‘Arab Saudi, dengan tajuk “Mawārid al-Hāfidh al-Mughlatây fī kitābihī Ikmāl Tahzīb al-Kamāl”, berjaya mendapat mumtaz syaraf ulā pada tahun 2013.

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...