Khamis, 5 Mac 2020

Isu semasa



Isu semasa




  Mutakhir ini,seringkali kedengaran di telinga kita dengan satu nama virus yang menggemparkan dunia serta mencetuskan kerisauan di seluruh dunia.Virus yang menjadi musibah dan bahana untuk umat manusia ini adalah tidak lain tidak bukan dikenali sebagai Novel Corona Virus. Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.Virus ini  tidak pernah dijumpai sebelum ini,virus ini juga masih tiada lagi penawarnya dan virus ini menjanjikan kematian kepada siapa yang berwaspada dengannya.

   Semuanya bermula di Pasar Basah Wuhan dimana disana menempatkan pelbagai daging mentah  haiwan esotik yang bertujuan untuk dijual dan dimakan seperti ular,katak,biawak,kelawar dan banyak lagi haiwan yang tak terjangkau dek akal manusia untuk menjamahnya.Aktiviti memakan haiwan-haiwan esotik secara aktif ini dipercayai menjadi punca utama terwujudnya virus corona ini.
Satu kajian telah dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang dijual disitu, dan hasil kajian menunjukkan bahawa virus corona ini terjadi adalah melalui penggabungan sejenis virus bawaan kelawar dan sejenis virus bawaan ular. Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

  Virus ini semakin mengganas daripada hari ke hari.Bukan hanya setakat di China sahaja yang merekodkan kes ini tetapi sudah banyak Negara yang mencatatkan peningkatan jumlah yang sudah terjangkiti dengan virus ini seperti Negara Korea,Jepun,Singapura,Vietnam dan Malaysia.Ini adalah kerana penyebaran virus ini adalah sangat cepat disebabkan cara penyebarannya yang sangat mudah disebarkan iaitu melalui ecair saluran hanya dengan batuk atau bersin.Virus ini dapat dikenali melalui simptomnya yang dimulai dengan demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut.

  Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.Ya,itulah peribahasa yang harus kita pegang sentiasa.Pencegahan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini adalah dengan  melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara.Antaranya adalah sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’,elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor,elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam),elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit,tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.

  Kesimpulannya,kita hendahlah sentiasa mengikuti langkah pencegahan penularan virus ini dan sentiasa cakna dengan simptom-simptom virus ini.Semoga Pusat Perubatan dan Kesihatan diseluruh dunia dapat menemui penawar bagi virus Corona ini serta kita mengharapkan agar penduduk di Wuhan China sedar akan kesilapan mereka dengan tidak lagi bergiat dalam penjualan haiwan-haiwan esotik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...