Pengalaman di Kampung
Insha-Allah pada entri kali ini saya ini berkongsi tentang pengalaman saya di kampong.Pastinya semua daripada kita mempunyai kampong tempat asal usul nenek moyang kita meskipun kita menetap di Bandar.
Kebiasaannya kepulangan ke kampong adalah untuk menziarahi atuk dan nenek di kampong,namun lain pula bagi saya yang sudah kehilangan insan yang bergelar atuk dan nenek untuk kedua-dua belah ibu dan ayah saya.Jadi,sejak daripada kehilangan atuk dan nenek ibu dan ayah saya tinggal di kampong tempat asal usul kami di Felda Kemelah Segamat Johor.Cumanya rumah pusaka yang ditukarkan di atas nama ayah saya itu sudah dirobohkan menjadi sebuah rumag yang sangat indah.
Pastinya,kehidupan di kampong itu sungguh mendamaikan.Daripada matahari mula terbit sehinggalah bulan mengambil alih.Pelbagai keindahan yang dapat disaksikan.Matahari pagi yang menerangi panorama alam,udara sejuk pagi yang menyegar-bugarkan lagi kulit yang disapanya,kuntum Bunga di halaman berkembang mekar indah ditatap serta kokokan ayam dan kicauan burung seolah menghadiahkan halwa telinga kepada manusia yang pastinya jauh daripada hiruk pikuk kota raya.
Masyarakat di kampong kebiasaannya mempunyai halaman sendiri di rumah mereka.Perkara ini adalah menjadi satu kegemaran untuk dilihat dimana mereka menjadikan halaman rumah mereka seperti lansdskap yang dipenuhi dengan berbagai jenis bunga yang cantik da nada juga yang mempunyai kolam ikan di depan rumah.Mereka sangat menjaga rumah mereka dengan sangat rapi dengan berkonsepkan alam.
Saya juga melihat budaya di kampong itu sangat selari dengan simbolik orang melayu kita iaitu beradab dan sopan santun.Anak-anak muda di kampong juga rajin bekerja.Pada waktu hujung minggu mereka ke kebun menolong ayah mereka,untuk anak perempuan pula selalu bertandang ke kenduri-kendara untuk menolong sama.Orang di kampong juga ramah-tamah.
Apabila di hari raya,suasan kampong menjadi meriah dengan kepulangan anak perantaun.Di halaman setiap rumah itu pasti penuh dengan kereta anak-anak mereka.Rumah dihiasi dengan kerlipan lampu yang cantik juga diterangi dengan cahaya pelita.
Begitulah pengalaman saya di kampong.Terlalu banyak yang ingin diceritakan namun pastinya tidak aka nada penghujungnya.Saya pasti pembaca juga mempunyai pengalaman tersendiri di kampong yang pastinya membuatkan hati sangat merindui untuk pulang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan