Seni dan budayaNegara Malaysia dikenali sebagai negara multicultural keranaterdiri daripada masyarakat majmuk yang berbezaras,budaya,etnik dan agama. Campuran kumpulan masyarakatmajmuk yang mengamalkan cara hidup yang berlainan, mencorak pelbagai seni dan budaya untuk melambangkansuatu entiti berasaskan kaum sendiri.Di dalam kaum melayuitu sendiri pun banyak menghimpunkan budaya yang berbeza-beza mengikut negeri. Teater, seni tari, muzik, seni halus dansinematografi umpamanya adalah prinsip asas yang diamalkandalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti yangmenunjukkan bahawa masyarakat kita mempunyai nilaikreatif dalam menghasilkan seni dan budaya yang tersendiri.1) MuzikGhazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakatMelayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkatpermulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamatyang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasaldari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor seringberulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan denganpermainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajarikesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istanaSultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telahmendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesarnegeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepatdan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim. Rumah penghulu dan hari keramaian tertentu.Ghazal terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.Rebana Perak merupakan satu permainan yang sangat terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan khususnya di persisiran Sungai Perak. Permainan tradisi ini seakan-akan sama dengan permainan kompang namun Rebana Perak ini jauh berbeza dengan kompang. Ia seakan – akan menjadi identiti bagi negeri Perak.Beza utama antara rebana Perak dan kompang ialah saiznya. Rebana Perak agak kecil mukanya namun bagi balung ( kayu ) agak lebar. Selain itu Rebana Perak menggunakan kulit kerbau atau lembu dan berbeza dari kompang yang menggunakan kulit kambing. Rebana Perak agak berat malahan ada yang mampu mencapai sehingga 4 kg bagi sebuah rebana. Namun bunyinya amat merdu. Sekali tepuk atau dipalu bunyinya akan pergi jauh.2)TarianTarian zapin sememangnya sudah cukup sinonim dengan negeri Johor. Tarian zapin secara tradisinya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja dan kemudiannya setelah ia mula berkembang luas, tarian ini telah ditarikan secara berpasangan antara penari lelaki dan wanita dengan gerak tari yang melambangkan sifat-sifat diri golongan tersebut.Struktur utama persembahan zapin Melayu ialah pembahagian persembahan kepada tiga bahagian iaitu taksim, ragam dan kopak, dan wainab. Muzik lagu yang mengiringi tarian zapin terdiri daripada lagu Lancang Kuning, Naan Sidi, Ya Salam, Zapin Budi, Zapin Pekan, Ya Ladan dan banyak lagi. Penarinya mengenakan busana baju kurung Teluk Belanga dikancing dengan butang emas ataupun suasa, kain sampin, seluar dan songkok. Penari wanita juga berbaju kurung Teluk Belanga dan sampin dagang luar, bersanggul atau bertudung dipadankan dengan aksesori rantai emas.Tarian Joget sangat digemari oleh Masyarakat berbilang kaumdi Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. MalahJoget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di NegeriMelaka. Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaumPortugis iaitu Branyo.Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik daridaerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian inibersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut danpenuh dengan ketertiban.Ini adalah beberapa contoh seni dan budaya yang ada di Malaysia.Kita haruslah menjaga seni dan budaya ini agar tidak hilang dan dilupakan oleh generasi yang akan datang.
Sabtu, 18 Julai 2020
Seni dan budaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengalaman membaca buku kreatif ” Inshaa -Allah pada entri kali ini saya ingin berkongsi pengalamn saya ...
-
TOKOH AGAMA InsyaaAllah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu susuk tubuh yang sangat saya kagumi kerana akhlakn...
-
المقالات المتعلقة بمجال اللغة العربية في التقنيات المعلوماتية ا سم المقالة : واقع الأدب الشعبي الجرائي في ظل تكنولوجيا الاتصال المؤ...
-
"خير جليس في الزمان كتاب" السم المقالة : (اقراء وارتق) ١) رقم المجموعة والفقرة:الثالثة ٢) المعنى الإجمالي ل...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan