Jumaat, 17 Julai 2020

Kritikan tentang drama





Kritikan tentang drama.




InsyaAllah pada entri kali ini saya ini membuat sedikitulasan tentang satu drama yang pastinya rata-rata para pembaca pernah menontonnya.Sebelum saya membuatulasan,suka saya menceritakan sedikit sinopsis pendektentang drama ini.

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenalkerana ilmunyarupa parasnya yang kacak danmerupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenaliaitu Datuk Ayah Haji MukhsinBanyaktawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya keMalaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeejaseorang doktor mudajuga anak kepada seorangusahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunangdengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan danmenghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapatsoalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliahdi masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nurseorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalamiagama Islam. Lama-kelamaanmereka jatuh cinta keranaagama dan Allah SWT. Namun hubungan merekamendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat.

Maka,apa yang saya dapati sepanjang mengikuti daramaini,saya menyimpulkan bahawa cerita mengajar kitauntuk tidak menilai seseorang daripada luaran sahaja.Ini dibuktikan olej Ustaz Hamadi dan Aisyah yang berpakaian mengikut syariat tetapi menyelindungperbuatan buruknya disebalik pakaiannya.Begitu jugaNur anak seorang pelacur yang zahirnya dipandang keji oleh masyarakat tetapi dia adalah seorang yang bersungguh mencari hidayah Allah.

Seterusnya adalah drama ini juga menyelitkan mesejkepada para pendakwah diluar sana agar tidakmeninggalkan golongan lorong ini dalam menyampaikankebenaran.Juga jangan terlalu selesa berdakwah di tempat-tempat yang ekslusif sahaja sehinggameninggalkan golongan ini.Mereka juga perlu dibimbingdan kita tidak tahu mungkin ada di antara mereka yang ingin berubah tetapi tiada bimbingan dan dorongan.
Maka,saya kira drama ini sangat sesuai ditonton olehsemua lapisan masyarakat kerana drama ini sangatmemberi pengajaran dan tidak hairanlah mengapa drama ini banyak merangkul anugerah.Selamat menonton!

Makanan tradisional



Makanan tradisional




Pada entri kali ini saya ingin menceritakan tentang makanantradisional yang terkenal di kalangan masyarakat jawa di negeri selatan Malaysia iaitu nasi ambeng. Nasi ambengsudah menjadi makanan tradisi  di dalam setiap majlis kendurimasyarakat jawa di Malaysia terutama di Johor,Selangor danSelatan Perak.Setiap negeri mempunyai cara masakan nasiambeng yang berbeza.Misalnya,di Johor lauk ayamnyadimasak kicap sinonimnya ataupun dalam Bahasa jawa adalahmasak semur,manakala masyarakat jawa di negeri Selangor lauk ayamnya digoreng sahaja.

Nasi Ambeng adalah satu makanan yang agak kering,tidak berkuah.Nasi ambeng adalah hasil gabungan nasi dan lauk pauk asli jawa antaranya adalah  ayam,ikan masin,sambal goreng (tempe, tauhu dan kentang goreng yang dimasak bersama sohun) dan kacang tanah,serunding dan mi goreng di dalam satu talam.Himpunan lauk-pauk yang pelbagai di dalam satu talam bagaikan satu simbolik yang menunjukkan kepada perpaduan dan kesepakatan antara masyarakat.

Satu talam Nasi Ambeng ini kebiasaannya untuk empat orang. Di sesetengah tempat, nasi itu kemudian dibelah empat. Sayur dan lauk kemudian dibahagikan bersama-sama nasi. Menyerlahkan lagi keunikannya, nasi ini turut dihidangkan bersama mi goreng atau lebih dikenali sebagai tumisan.

Saya pasti ramai pembaca yang tidak pernah mencuba lagi makan nasi ambeng ini kerana ia sulit juga dijumpai dihari biasa dan pastinya terliur dan ingin mencuba setelah membaca entri saya pada kali ini.Saya berharap para pembaca dapat merasai sendiri keunikan makanan masyarakat jawa ini.

Tokoh agamawan

TOKOH AGAMA



InsyaaAllah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu susuk tubuh yang sangat saya kagumi kerana akhlaknya, kehebatannya dan perjuangannya dalam mendalami hadis nabi serta keilmuan beliau di dalam ilmu agama.Beliau adalah Ustaz Dr Kamilin Jamilin.Pada satu ketika,beliau pernah tular kerana Dr Kamilin Jamilin merpukan graduan PHD terbaik mampu lulus dengan cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesisnya 3 jilidnya.Pastinya kejayaan seorang anak itu adalah daripada doa seorang ibu.

Begitulah rahsia kejayaan Dr Kamilin yang menceritakan bahawa setiap pagi ibunya akan bersolat dhuha selama satu jam untuknya.Pelbagai lagi kejayaan yang dikecapi oleh Dr Kamilin Jamilin. kisah zaman sekolah pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini lebih menakjubkan.Selain pernah digelar pelajar bermasalah, ponteng dan nakal, beliau juga sentiasa dapat markah bawah 10 selama beberapa tahun.
Namun, pada saat akhir sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau keluar dari kesuraman. Titisan air mata dan kekecewaan ibu ayah, menyedarkannya untuk bangkit kembali.

Dr Kamilin juga suka memuat nak video beliau bersama anak-anak didiknya berlawan tahap penghafalan hadis.Seronok melihat pendekatan beliau dalam mendidik anak-anak muridnya.Suka saya coretkan serna sedikit biodata Dr Kamilin Jamilin.

Ustaz Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.



Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negeri Selangor tahun 2001. Beliau juga memperoleh Diploma Tahfiz al-Qur’ān dari Darul Qur’ān, JAKIM (kini bakal dinaiktaraf Kolej Universiti Islam Malaysia) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Kuliyyah Hadis al-Nabawiy di Universiti Islam di al-Madinah al-Munawwarah, ‘Arab Saudi, dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Mendapat anugerah cemerlang, tidak terkira ketika disana.
Kemudian beliau melanjutkan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana, di Kuliyah Thaqāfah al-Islamiyyah, qism al-Tarbiyyah; khusus dalam bidang Hadis dan ‘ilmu yang berkaitan dengannya, khususnya ‘Ilmu Rijāl al-Hadis di Universiti Raja Sa’ud di Riyādh, ‘Arab Saudi, dengan tajuk “Mawārid al-Hāfidh al-Mughlatây fī kitābihī Ikmāl Tahzīb al-Kamāl”, berjaya mendapat mumtaz syaraf ulā pada tahun 2013.

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Khamis, 12 Mac 2020

Agama




Agama



  Kehidupan ini hanyalah satu perjalanan menuju tuhan yang dengannya agama adalah panduan yang dikurniakan tuhan kepada hambanya untuk mengejar cinta tuhan.Kehidupan ini seakan hilang sirnanya jika tiada agama dalam roh dan jasad mereka.Agama bukanlah satu adat yang diikuti kerana anutan nenek moyang semata-mata.Tetapi agama adalah sesuatu perkara yang perlu kita faham dan hayati serta mempraktikkannya di dalam kehidupan.Semua agama di dalam dunia ini menuntut penganutnya untuk melakukan kebaikan tetapi kerana dunia hari ini yang menjadikan agama sebagai ikutan semata-mata,nilai keagamaan dalam diri mereka sedikit demi sedikit dimamah nafsu serakah terhadap dunia.

  Dinihari,hatiku seakan dirobek ketika melihat agamaku hanyalah sekadar menjadi tumpangan nama bagi melengkapkan identity diri mereka.Hakikatnya mereka membuang agama itu daripada diri mereka.Suruhan Allah ditinggalkan sejauh-jauhnya,Sunnah nabi dikambus sedalam-dalamnya.Tidak cukup dengan bahana itu,ada juga yang menjadikan agama sebagai tunggangan semata-mata demi kepentingan sendiri,menjadikan perisai pelindung diri sebagai banteng pertahanan terhadap pandangan dosa daripada orang sekeliling.

  Pendustaan terhadap agama ini juga dapat dilihat secara ketaranya dikalangan anak muda yang semakin hari semakin jauh daripada ajaran agama.Tiada agama yang mensyariatkan penganutnya berzina,meminum arak,berjudi serta membubuh orang.Lalu mengapa musibah sebegini terjadi dikalangan masyarakat? Jawapannya hanyalah kerana mereka membuang agama di dalam diri mereka.Menggantikan nafsu serakah dan keseronokan dunia sebagai tuhan dan panduan mengejar kebahagiaan.Sedangkan mereka tidak tahu bahawa yang mereka kejarkan itu adalah neraka dan yang mereka tinggalkan itu adalah syurga.

  Oleh itu,marilah kita renungi bersama akan nikmat terbesar yang dikurniakan  tuhan kepada kita iaitu agama.Manfaatkanlah ia sebaiknya dalam diri serta kehidupan kita.Jadilah seorang hamb yang sentiasa menjatuhkan dahi bersyukur terhadap tuhan,menjadi hamba yang sentiasa menadah tangan meminta dijauhkan daripada segala kesesetan dsn kelalaian.Genggamlah agama itu ditangan,ikatlah agama itu di dalam hati.Jangan pernah terlerai ikatan itu walau apa pun yang terjadi.Moga dengan kita meletakkan agama sebagai yang utama,tuhn sentiasa membimbing kita dengan cahaya hidayahnya.

Rabu, 11 Mac 2020

pakaian tradisional





Pakaian tradisional

                                                          

  Malaysia sebuah Negara yang didiami oleh pelbagai kaum,budaya serta agama yang secara tidak langsung mewujudkan variasi pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan anak bangsa di kaca mata dunia.Pakaian tradisional ini melambangkan jati diri serta identiti sesebuah bangsa serta menjadi pakaian kebangsaan. Setiap kaum memiliki tradisi pemakaiannya yang unik dan tersendiri. Sebelum abad ke-20 dan kedatangan Islam, wanita Melayu memakai kemban, kain sarung atau kain panjang,yang membaluti sekeliling badan dan membiarkan bahu terdedah.Lalu,zaman demi zaman berlalu serta penerimaan agama islam yang meluas dikalangan masyrakat melayu mencetuskan kepada penciptaan baju kurung yang sesuai dengan wanita melayu islam yang dikenali sebagai kaum yang mementingkan adab dan kesopanan serta konsep baju kurung yang selari dengan syariat agama islam iaitu menutup aurat.Baju kurung itu juga membawa maksud”mengurung”aurat seorang wanita daripada dilihat lelaki ajnabi.

  Baju kurung juga berkembang mengikut peredaran zaman.Baju kurung yang terdiri daripada pelbagai jenis fesyen yang sememangnya mendapat tempat bukan sahaja dikalangan bangsa melayu tetapi juga dikalangan bangsa cina dan india.Baju kurung yang sering digayakan oleh wanita di Malaysia dalah baju kurung riau,baju,baju kebaya,baju kurung kedah dan baju kurung Pahang.Pakaian tradisional lelaki melayu pula ialah baju melayu.Baju melayu juga menampilkan dua gaya iaitu baju melayu cekak musang dan baju melayu teluk belanga.Kebiasannya,pemakaian pakaian tradisional ini dilihat pada majlis-majlis rasmi,majlis perkahwinan dan pada hari perayaan.

  Seterusnya, bagi kaum India pula, mereka popular dengan pemakaian sari dan Punjabi suit manakala bagi pakaian tradisi kaum Cina adalah seperti Cheongsam. Tidak dilupakan juga pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan di Sabah yang menyerikan lagi warna-warni pakaian tradisonal di Malaysia.

  Kepelbagaian pakaian tradisional ini telah mewujudkan sifat hormat menghormati dan sifat bersatu padu dimana sering menjadi kebiasaan bagi setiap masyarakat memakai pakaian kaum lain walaupun berlainan bangsa. Sebagai contoh, pada masa majlis dan perayaan yang tertentu kaum India memakai Cheongsam,  kaum Cina memakai baju kurung.   Mereka saling bertukar tukar tradisi budaya antara satu sama lain yang mana menunjukkan kesepaduan antara satu sama lain. Kita sudah pasti akan teruja apabila melihat rakan yang berbangsa India memakai Baju Melayu atau Baju Kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu malah pakaian kebangsaan negara ini kerana ia memperlihatkan penerimaan kaum lain terhadap kaum melayu.

  Justeru itu,marilah bersama kita menjaga pemakaian pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan serta identity kaum kita agar terus dipelihara dan dikenali serta diwarisi oleh generasi yang ajan datang.Moga pakaian tradisional ini  mampu mendapat tempat dan dikenali sehingga ke persada dunia.

Khamis, 5 Mac 2020

Isu semasa



Isu semasa




  Mutakhir ini,seringkali kedengaran di telinga kita dengan satu nama virus yang menggemparkan dunia serta mencetuskan kerisauan di seluruh dunia.Virus yang menjadi musibah dan bahana untuk umat manusia ini adalah tidak lain tidak bukan dikenali sebagai Novel Corona Virus. Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.Virus ini  tidak pernah dijumpai sebelum ini,virus ini juga masih tiada lagi penawarnya dan virus ini menjanjikan kematian kepada siapa yang berwaspada dengannya.

   Semuanya bermula di Pasar Basah Wuhan dimana disana menempatkan pelbagai daging mentah  haiwan esotik yang bertujuan untuk dijual dan dimakan seperti ular,katak,biawak,kelawar dan banyak lagi haiwan yang tak terjangkau dek akal manusia untuk menjamahnya.Aktiviti memakan haiwan-haiwan esotik secara aktif ini dipercayai menjadi punca utama terwujudnya virus corona ini.
Satu kajian telah dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang dijual disitu, dan hasil kajian menunjukkan bahawa virus corona ini terjadi adalah melalui penggabungan sejenis virus bawaan kelawar dan sejenis virus bawaan ular. Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

  Virus ini semakin mengganas daripada hari ke hari.Bukan hanya setakat di China sahaja yang merekodkan kes ini tetapi sudah banyak Negara yang mencatatkan peningkatan jumlah yang sudah terjangkiti dengan virus ini seperti Negara Korea,Jepun,Singapura,Vietnam dan Malaysia.Ini adalah kerana penyebaran virus ini adalah sangat cepat disebabkan cara penyebarannya yang sangat mudah disebarkan iaitu melalui ecair saluran hanya dengan batuk atau bersin.Virus ini dapat dikenali melalui simptomnya yang dimulai dengan demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut.

  Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.Ya,itulah peribahasa yang harus kita pegang sentiasa.Pencegahan yang terbaik buat masa ini untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini adalah dengan  melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara.Antaranya adalah sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’,elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor,elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam),elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit,tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.

  Kesimpulannya,kita hendahlah sentiasa mengikuti langkah pencegahan penularan virus ini dan sentiasa cakna dengan simptom-simptom virus ini.Semoga Pusat Perubatan dan Kesihatan diseluruh dunia dapat menemui penawar bagi virus Corona ini serta kita mengharapkan agar penduduk di Wuhan China sedar akan kesilapan mereka dengan tidak lagi bergiat dalam penjualan haiwan-haiwan esotik.

Selasa, 18 Februari 2020

Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Pada hari pertama melangkahkan kaki ke dalam bilik kuliah bagi subjek Penglahiran bakat kreatif berbagai perasaan yang bersarang di dalam diri ini.Perasaan takut,teruja,gembira.Perasaan takut mungkin juga kerana Pensyarah yang ditaklifkan untuk mengajar kami ialah Doktor kamariah .Seseorang yang dikenali kerana ketegasannya dalam mendidik tetapi dalam masa yang sama perasaan teruja juga menyinggah kerana saya mendapat tahu bahawa beliau adalah seorang pendidik yang hebat dan cemerlang serta pelbagai anugerah yang dikecapinya dan ini membuatkan hati ini gembira dan ternanti nanti untuk menadah ilmu daripadanya.Baru beberapa jam beliau menuturkan bicara,hati saya sudah cukup mengaguminya.Permulaan kelas dimulakan dengan sesi perkenalan diri yang mana setiap orang akan memperkenalkan nama dan bidang pengajian yang diambil.Tergumam seketika kerana melihat ramai manusia memenuhi ruangan bilik kuliah yang datang daripada pelbagai bidang pengajian.Terasa keriuhan bilik kuliah semakin rancak dengan sesi perkenalan itu.Saat itu,secara tidak langsung,tahulah dirikubahawa subjek ini adalah untuk kita menzahirkan kekreatifan melalui penulisan dan hari pertama ini jugalah segalan tugasan individu dan berkumpulan diberikan.Setiap orang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan sebanyak lima sajak dan dua cerpen sebagai salah satu kerja kursus bagi subjek ini.Moga segala urusan dalam mempelajari subjek ini dipermudahkan dan dilapangkan dada untuk memahami segala ilmu yang disampaikan.

Pengalaman   membaca   buku   kreatif ” Inshaa -Allah  pada   entri  kali  ini   saya   ingin   berkongsi pengalamn   saya ...